Adakah Ubat Tahan Sakit (Tylenol/Paracetamol) Menyebabkan Autisme?
- MSCP
- Oct 8
- 3 min read

Baru-baru ini, terdapat dakwaan bahawa pengambilan Tylenol (paracetamol) semasa mengandung boleh menyebabkan Gangguan Spektrum Autisme (Autism Spectrum Disorder, ASD) pada kanak-kanak. Persatuan Psikologi Klinikal Malaysia (Malaysian Society of Clinical Psychology, MSCP) ingin menegaskan bahawa dakwaan ini tidak berasas dan menimbulkan kebimbangan yang tidak perlu di kalangan ibu bapa dan penjaga.
MSCP bersetuju dengan kenyataan rasmi daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organization, WHO) dan Persatuan Psikologi Amerika (American Psychological Association, APA) bahawa tiada bukti saintifik kukuh yang mengaitkan paracetamol dengan ASD. Adalah penting bagi panduan kesihatan awam berasaskan bukti saintifik yang kuat dan bukan sekadar andaian atau hubungan kebetulan.
Mitos dan Realiti Dari Kajian Saintifik
Kesimpulan saintifik - Tiada bukti kukuh bahawa paracetamol menyebabkan ASD. Kajian yang mencadangkan hubungan ini dipenuhi dengan faktor pengeliruan (confounding factors) dan oleh itu tidak boleh dijadikan asas untuk garis panduan kesihatan awam.
Risiko Sebenar Mitos Ini
Bahaya utama daripada mitos ini adalah:

Membebankan ibu bapa dengan rasa bersalah dan kebimbangan. Menyalahkan ubat yang biasa dan diperlukan boleh memberi tekanan emosi kepada keluarga.
Keputusan kesihatan yang berbahaya. Ketakutan terhadap ubat mungkin membuat ibu hamil atau ibu bapa mengelak merawat demam atau kesakitan yang serius, yang boleh membahayakan ibu dan bayi dalam kandungan.
Apa Yang Perlu Dilakukan oleh Orang Awam
Ikuti nasihat profesional kesihatan:
Paracetamol selamat apabila digunakan mengikut arahan doktor untuk merawat demam atau sakit.

Periksa sumber maklumat: Elak maklumat daripada media sosial atau laman web yang tidak sahih. Rujuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Persatuan Psikologi Amerika (APA), dan badan perubatan profesional lain.

Fokus pada bukti saintifik: Punca ASD difahami berpunca terutamanya daripada faktor genetik, serta gabungan faktor lain. Sokongan awal, penerimaan, dan intervensi lebih penting daripada takut pada ubat biasa.
Kesimpulan
MSCP menyeru orang awam untuk:
Mendapatkan maklumat daripada sumber perubatan yang sahih.
Tidak menyebarkan maklumat tidak berasas yang boleh menimbulkan kebimbangan tidak perlu.
Fokus menyokong individu ASD dan keluarga mereka melalui maklumat tepat, pendidikan, dan amalan inklusif.
Rujukan
Ahlqvist, V. H., Sjöqvist, H., Dalman, C., et al. (2024). Acetaminophen Use During Pregnancy and Children’s Risk of Autism, ADHD, and Intellectual Disability. Journal of the American Medical Association (JAMA), 331(14), 1205–1214. https://doi.org/10.1001/jama.2024.3172
Huang, Y., Arnold, S. R., Foley, K. R., & Trollor, J. N. (2020). Diagnosis of autism in adulthood: A scoping review. Autism: The International Journal of Research and Practice, 24(6), 1311–1327. https://doi.org/10.1177/1362361320903128
Ledford, H. (2025). Will RFK Jr’s vaccine agenda make America contagious again? Nature. https://doi.org/10.1038/d41586-025-00709-9
Lyall, K., Croen, L., Daniels, J., Fallin, M. D., Ladd-Acosta, C., Lee, B. K., Park, B. Y., Snyder, N. W., Schendel, D., Volk, H., Windham, G. C., & Newschaffer, C. (2017). The Changing Epidemiology of Autism Spectrum Disorders. Annual Review of Public Health, 38, 81–102. https://doi.org/10.1146/annurev-publhealth-031816-044318
Pearson, H. (2025). Autism is on the rise: What’s really behind the increase? Nature, 644(8078), 860–863. https://doi.org/10.1038/d41586-025-02636-1
Singer, A. B., Burstyn, I., Thygesen, M., Mortensen, P. B., Fallin, M. D., & Schendel, D. E. (2017). Parental exposures to occupational asthmagens and risk of autism spectrum disorder in a Danish population-based case-control study. Environmental Health, 16(1), 31. https://doi.org/10.1186/s12940-017-0230-8
ADDitude Magazine. Kear, N. C. (2025, September 26). 4 Big Questions About Tylenol and Autism — Answered by Doctors. https://www.additudemag.com/tylenol-and-autism-leucovorin/
.png)



Comments