top of page

Ancaman Bunuh Diri di Kalangan Lelaki: Jeritan Jiwa yang Sering Terlepas Pandang

  • MSCP
  • Oct 22
  • 2 min read

Di Malaysia dan secara global, statistik menunjukkan lelaki lebih berisiko meninggal dunia akibat bunuh diri berbanding wanita (Lew, 2022; WHO, 2021). Budaya dan agama yang sepatutnya menjadi pelindung kadangkala membuat tanda-tanda awal terlepas pandang. Akibatnya, masalah yang tampak remeh di mata masyarakat boleh berakhir dengan tragedi yang tidak diinginkan. 


ree

Di mata masyarakat sosok seorang lelaki adalah sering dikaitkan dengan perwatakan yang kuat, tidak senang bersedih dan gigih menghadapi cabaran hidup berbanding wanita. Namun di sebalik senyuman itu, ada yang bergelut dengan tekanan kerja, hutang, kesunyian, dan rasa putus asa disebabkan faktor memenuhi tanggugjawab sebagai ketua keluarga serta ujian kewangan yang bertubi-tubi menyebabkan gangguan mental yang teruk. Dalam diam, mereka menangis seorang diri, kerana budaya dan agama kadangkala mengajar mereka bahawa “lelaki harus kuat” dan tidak boleh menunjukkan kelemahan.


Sebagai masyarakat, kita perlu sedar bahawa ancaman bunuh diri tidak boleh dipandang ringan samaada kepada kaum wanita sahaja, kerana gangguan Kesihatan mental boleh memberi ancaman kepada semua lapisan masyarakat. Sebagai Masyarakat yang prihatin, kita boleh mula dengan mencipta ruang selamat bersama insan tersayang disekitar kita dengan cara dengar tanpa menghakimi, dan hulurkan tangan untuk membantu: 


A – Akrabkan perbualan: Tanya khabar santai, luangkan masa untuk berbual, buka pintu untuk mereka berkongsi.

C – Campur tangan agama dengan belas ihsan: Gunakan nilai agama sebagai sokongan, bukan penghakiman.

R – Rangka sokongan: Bantu mereka membina jaringan sokongan keluarga, rakan, atau kaunselor.

I – Kenal pasti Isyarat awal: Perhatikan perubahan tingkah laku seperti menarik diri, mudah marah, atau hilang minat.

T – Telefon talian bantuan: Berikan nombor talian profesional seperti Befrienders Malaysia hotline:03-76272929.

Y – Yakin minta pertolongan: Galakkan mereka faham bahawa meminta pertolongan adalah langkah berani, bukan kelemahan.


Bunuh diri bukan isu peribadi semata-mata. Ia adalah tanggungjawab bersama masyarakat. Jadilah mata yang melihat, telinga yang mendengar, dan tangan yang hadir sebelum tragedi berlaku. Dalam setiap perhatian dan sokongan, kita boleh memberi harapan kerana setiap nyawa adalah berharga, dan setiap individu berhak untuk didengar.


Kadangkala, satu perhatian kecil sahaja sudah cukup untuk menyelamatkan nyawa.


ree

Rujukan

  1. Lew, B. (2022). Suicide in Malaysia: An urgent public health concern. Frontiers in Psychiatry, 13, 770252. https://doi.org/10.3389/fpsyt.2021.770252

  2. World Health Organization. (2021). Suicide worldwide in 2019: Global health estimates. World Health Organization. https://www.who.int/publications/i/item/9789240026643

  3. The Star. (2021, May 25). More men die by suicide. The Star Online. https://www.thestar.com.my/opinion/letters/2021/05/25/more-men-die-by-suicide

  4. Countryeconomy.com. (2023). Malaysia - Suicide mortality rate. Retrieved from https://countryeconomy.com/demography/mortality/causes-death/suicide/malaysia

  5. Befrienders Kuala Lumpur Malaysia https://www.befrienders.org.my/contact

  6. Ministry of Health Malaysia. (2013). Malaysian guidelines on suicide prevention and management. Putrajaya: Ministry of Health Malaysia.

https://www.moh.gov.my/moh/resources/Penerbitan/Garis%20Panduan/Pengurusan%20KEsihatan%20%26%20kawalan%20pykit/Modul%20unit%20mental%202017/Malaysian_Guidelines_On_Suicide_Prevention_And_managment.pdf


Comments


© Malaysian Society of Clinical Psychology

  • Instagram
  • Facebook
  • Youtube
bottom of page