top of page

Ucapan Alu-aluan presiden

Joel Low.jpg

Dr. Lynne Yong Ee Lin (PhD)

Presiden

Jun 2019
 

Salam sejahtera kepada seluruh rakan sekerja dan tetamu laman sesawang MSCP. Saya berharap agar laman sesawang ini dapat memberikan maklumat yang anda cari. Kami mengalu-alukan maklumbalas anda dalam usaha untuk mempertingkatkan laman sesawang ini supaya kami dapat memberikan anda yang terbaik.
 
Ini adalah laman sesawang kami yang telah dinaik taraf untuk mempromosikan bidang psikologi klinikal melalui pendidikan yang berterusan kepada ahli dan juga masyarakat. Laman sesawang ini akan memberikan maklumat yang berguna untuk pendidikan awam dan juga diagnostik, rawatan, dan maklumat penilaian yang hanya boleh diakses oleh ahli kami. Kami juga akan mengemaskini Akta Kesihatan Bersekutu 774 dari semasa ke semasa. Kami turut menyediakan senarai pendaftaran untuk orang ramai mencari perkhidmatan psikologi klinikal. Kami juga akan menambah ruang FAQ untuk orang ramai dalam masa yang terdekat.
 
MSCP terus berkembang dan matang. Selain daripada usaha yang berterusan dalam menguatkan asas masyarakat, jawatankuasa bagi tahun 2019-2020 telah mengambil cabaran baru; iaitu menyediakan peluang penyeliaan rakan sebaya, CPE berasaskan kemahiran untuk ahli, dan merancang Persidangan Kebangsaan kami yang pertama pada tahun 2020.
 
Dengan ini, kami menjemput anda untuk melawat laman sesawang kami secara kerap bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai garis panduan amalan terbaik dan sumber maklumat yang lain, serta pengumuman berkaitan dengan psikologi klinikal.
 
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada ahli jawatankuasa yang telah menyumbang masa, usaha, dan kesungguhan mereka dalam penambahbaikan bidang ini. Masyarakat kita dan laman sesawang ini tidak mungkin terhasil tanpa pengorbanan ahli jawatankuasa terdahulu dan sekarang.

 

Salam Sejahtera,
Dr. Lynne Yong Ee Lin (PhD)
Presiden
2019-2020

bottom of page